EMAL::Electrical Material Approved List - View ModelItemValue (2024)

  • PENGGANTUNGAN BAHAN/BARANGAN 11kV METAL-ENCLOSED SWITCHGEAR JENAMA TAMCOMesyuarat JKB Bil. 2/2024 telah memutuskan untuk menggantung bahan/barangan 11kV Metal-enclosed Switchgear jenama TAMCO selama dua (2) tahun sehingga 9 Januari 2026 kerana tidak mematuhi syarat-syarat pendaftaran EMAL JKR



  • Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 12/2023 telah membuat ketetapan untuk menerima pendaftaran bagi bahan/barangan Residual Current Operated Circuit Breaker (RCCB) dengan nilai Rated Current, In = 25A dan Sensitivity, I∆n = 10mA bermula pada 6hb Disember 2023 kerana terdapat keperluan penggunaan di dalam projek JKR.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 1/2024 telah menetapkan tempoh kelulusan bersyarat dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2024 untuk bahan/barangan Earth Chamber bagi mengemukakan laporan ujian dari makmal akreditasi yang mematuhi sepenuhnya standard terkini IEC 62561-5.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 11/2023 telah menetapkan tempoh kelulusan bersyarat dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2024 untuk bahan/barangan Earth Electrode bagi mengemukakan laporan ujian dari makmal akreditasi yang mematuhi sepenuhnya standard terkini IEC 62561-2.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 11/2023 telah menetapkan tempoh kelulusan bersyarat dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2024 untuk bahan/barangan Lightning Protection System for Structure bagi mengemukakan laporan ujian dari makmal akreditasi yang mematuhi sepenuhnya standard terkini IEC 62561-1, IEC 62561-2, IEC 62561-4 dan IEC 62561-5.



  • Merujuk kepada ketetapan mesyuarat JKB Bil. 4/2023 (seperti di bawah), saiz 150mm dan 200mm adalah merujuk kepada saiz bukaan siling (ceiling opening cut).Ketetapan JKB Bil.4/2023:Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil.4/2023 telah membuat ketetapan untuk hanya menerima pendaftaran bahan / barangan LED Downlight dengan saiz diameter 6 inci (150mm) dan 8 inci (200mm) sahaja bagi pendaftaran EMAL. Ketetapan ini akan mula berkuatkuasa pada 15 Jun 2024. Bagi permohonan pembaharuan yang mana pendaftarannya akan tamat tempoh sebelum tarikh kuatkuasa, kelulusan bersyarat akan diberikan sehingga 15 Jun 2024. Selepas tarikh tersebut, bahan / barangan yang tidak mematuhi ketetapan ini akan ditamatkan kelulusan dan dikeluarkan daripada EMAL. Tuan / puan selaku pengilang / pembekal berdaftar hendaklah memastikan bahawa bahan / barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini. Sila rujuk surat berkaitan di ruangan "Rujukan".



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 10/2023 telah menetapkan permohonan baharu dan pembaharuan pendaftaran bahan/barangan Ventilating Fan perlu mengemukakan laporan ujian jenis (full type test) dengan standard IEC 60665 terkini daripada makmal pengujian dengan skop akreditasi bermula pada 15 Oktober 2024. Sehubungan itu, pendaftaran baharu dan pembaharuan pendaftaran bagi bahan/barangan Ventilating Fan yang tidak mengemukakan laporan ujian daripada makmal pengujian dengan skop akreditasi IEC 60665 akan diberikan kelulusan bersyarat sehingga 15 Oktober 2024. Selepas tarikh tersebut, bahan/barangan yang tidak mematuhi ketetapan ini akan ditamatkan kelulusan dan dikeluarkan daripada EMAL.



  • Mesyuarat Kelulusan Bahan Bil.7/2023 bertarikh 7 Julai 2023 telah membuat ketetapan bahawa hanya rated output (kVA) bagi bahan/barangan generator sets seperti Jadual 1 surat ruj. (118)JKRL(PM)5/1/4-21 Jld.3 bertarikh 17 Julai 2023 sahaja yang akan didaftarkan dalam EMAL. (Sila rujuk surat tersebut pada bahagian RUJUKAN dalam laman sesawang EMAL)



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 7/2023 Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menetapkan untuk pendaftaran bahan/barangan Emergency Light, pihak pengilang dan pembekal perlu mengemukakan laporan Photometric lengkap dengan IES Photometric Data File (softcopy) berdasarkan standard IEC 60598-2-22 daripada makmal pengujian. Pihak pengilang dan pembekal diberi tempoh sehingga 15 Oktober 2024 bagi mematuhi ketetapan di atas. Permohonan pendaftaran yang tidak mematuhi ketetapan tersebut tidak akan didaftarkan selepas 15 Oktober 2024.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil.6/2023 telah menetapkan untuk tidak menerima pendaftaran bahan/barangan T8 LED Luminaires dengan 4 nos. T8 LED Tube. Ketetapan ini mula berkuatkuasa pada 7 Jun 2023.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil. 4/2023 telah membuat ketetapan untuk menerima pendaftaran bahan/barangan LED Downlight dengan material ABS Resin atau Polycarbonate bagi pendaftaran EMAL kerana terdapat penggunaan dalam projek kendalian JKR. Pemohon perlu memastikan permohonan bahan/barangan ini mematuhi piawaian keselamatan (safety standard) semasa.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil.4/2023 telah membuat ketetapan hanya menerima permohonan pendaftaran bahan/barangan Road Lighting Luminaires (LED) yang menggunakan satu (1) unit driver sahaja bagi satu (1) unit lampu. Ketetapan ini mula berkuatkuasa pada 15 Oktober 2024. Bagi permohonan pembaharuan yang mana pendaftarannya akan tamat tempoh sebelum tarikh kuatkuasa, kelulusan bersyarat akan diberikan sehingga 15 Oktober 2024. Selepas tarikh tersebut, bahan/barangan yang tidak mematuhi ketetapan ini akan ditamatkan kelulusan dan dikeluarkan daripada EMAL. Tuan/puan selaku pengilang/pembekal berdaftar hendaklah memastikan bahawa bahan/barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini. Sila rujuk surat berkaitan di ruangan "Rujukan".



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil.4/2023 telah membuat ketetapan untuk hanya menerima pendaftaran bahan / barangan LED Downlight dengan saiz diameter 6 inci (150mm) dan 8 inci (200mm) sahaja bagi pendaftaran EMAL. Ketetapan ini akan mula berkuatkuasa pada 15 Jun 2024. Bagi permohonan pembaharuan yang mana pendaftarannya akan tamat tempoh sebelum tarikh kuatkuasa, kelulusan bersyarat akan diberikan sehingga 15 Jun 2024. Selepas tarikh tersebut, bahan / barangan yang tidak mematuhi ketetapan ini akan ditamatkan kelulusan dan dikeluarkan daripada EMAL. Tuan / puan selaku pengilang / pembekal berdaftar hendaklah memastikan bahawa bahan / barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini. Sila rujuk surat berkaitan di ruangan "Rujukan".



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 5/2023 Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menetapkan untuk pendaftaran bahan/barangan Isolator dengan kadaran arus sehingga 63A, pihak pengilang/pembekal perlu mengemukakan Certificate of Approval (CoA) daripada Suruhanjaya Tenaga.



  • Adalah dimaklumkan pendaftaran bahan/barangan Ventilating Fan jenama Mitsubishi Electric model EX-20SHC5T, EX-25SHC5T dan EX-30SHC5T telah ditamatkan pendaftaran dalam EMAL disebabkan pengeluaran bahan/barangan tersebut telah dihentikan pengeluaran oleh pihak pengilang. Pihak pengilang telah menggantikan model tersebut dengan model baharu seperti EX-20SHC7T, EX-25SHC7T dan EX-30SHC7T.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil 11/2022 telah membuat ketetapan hanya menerima permohonan pendaftaran bahan/barangan Amenities Lighting Luminaires (LED) dengan kadaran kuasa (rated power) 30W, 40W, 50W, 60W, 70W, 80W dan 90W. Ketetapan ini mula berkuatkuasa pada 15 Oktober 2023. Tuan/puan selaku pengilang/pembekal berdaftar hendaklah memastikan bahawa bahan/barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat berkaitan di bahagian Rujukan



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil. 11/2022 bertarikh 5 Disember 2022 telah memutuskan bahan/barangan Ceiling Fan jenama Eco Breeze (Model: EB-6016) digantung selama dua belas (12) bulan bermula pada tarikh mesyuarat kerana didapati pihak pengilang melanggar syarat kelulusan pendaftaran EMAL iaitu dengan membekalkan bahan/barangan yang tidak mematuhi spesifikasi JKR.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 9/2022 Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menetapkan untuk pendaftaran bahan/barangan Isolator, pihak pengilang dan pembekal perlu mengemukakan laporan ujian dari makmal akreditasi yang mempunyai skop pengujian bagi standard IEC 60947-1 dan IEC 60947-3.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 9/2022 telah membuat ketetapan pendaftaran bahan/barangan Cable Tray c/w Accessories & Cable Ladder c/w Accessories yang menggunakan material jenis Superdyma Steel dibuka kepada semua pengilang tempatan. Pemohon perlu mengemukakan laporan ujian (Full Type Test), Mill Certificate dan dokumen yang berkaitan serta mematuhi standard MS IEC 61537.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 9/2022 telah membuat ketetapan pendaftaran bahan/barangan Cable Trunking System c/w Accessories yang menggunakan material jenis Superdyma Steel dibuka kepada semua pengilang tempatan. Pemohon perlu mengemukakan laporan ujian (Full Type Test), Mill Certificate dan dokumen yang berkaitan serta mematuhi standard MS IEC 61084-1.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 9/2022 telah membuat ketetapan permohonan baharu dan pembaharuan bagi bahan/barangan Combined Over Current and Earth Fault Relay, Over Current Relay, Earth Fault Relay & Earth Leakage Relay perlu mengemukakan laporan ujian daripada makmal berakreditasi yang mematuhi syarat pengujian minimum dengan standard terkini seperti berikut:a) IEC 60255-27 – measuring relays and protection equipment (Product safety requirement): Clause 10.6.4.2 (Impulse voltage test)b) IEC 60255-27 – measuring relays and protection equipment (Product safety requirement): Clause 10.6.4.3 (AC/DC Dielectric voltage test)c) IEC 60255-26 – measuring relays and protection equipment (Electromagnet compatibility): Clause 7.2.3 (Electrostatic discharge immunity test)d) IEC 60255-26 – measuring relays and protection equipment (Electromagnet compatibility): Clause 7.2.5 (Electrical fast transient immunity test)e) IEC 60255-26 – measuring relays and protection equipment (Electromagnet compatibility): Clause 7.2.7 (Surge immunity test)Selaras dengan surat edaran Pendaftaran Bahan/barangan Protection Relay dan Power Factor Regulator bernombor (48) dlm.JKR(L)5/1/4-42 bertarikh 25 Januari 2006.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 9/2022 telah membuat ketetapan permohonan bagi bahan/barangan Earth Leakage Relay dengan julat nilai current sensitivity maksimum sehingga 30 A dan julat masa time delay maksimum sehingga 20 second yang mematuhi syarat minimum pengujian berdasarkan standard IEC 60255-26 & IEC 60255-27 terkini diterima untuk pendaftaran EMAL.



  • Pendaftaran bahan/barangan XLPE Insulated, PVC Sheathed Power Cables (Armoured)(Aluminium) hanya bagi saiz 35mm2 sehingga 240mm2 sahaja



  • Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan (JKB) Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah bersetuju untuk meminda keperluan pendaftaran Integrated Solar LED Road Lighting Luminaires yang melibatkan pengujian solar PV module dan Rechargeable Deep Cycle Battery. Sila rujuk surat pejabat ini bil (51) dlm. PKR(L) 2/1/90 di Bahagian RUJUKAN untuk maklumat lanjut.



  • "Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 8/2022 telah membuat ketetapan bagi julat (tolerance) Correlated Colour Temperature (CCT) yang diterima berbanding rated CCT untuk pendaftaran bahan/barangan Road Lighting Luminaires (LED), Amenities Lighting Luminaires (LED) dan Indoor Luminaires (LED) adalah seperti berikut:a) CCT ≤ 3500K ; tolerance ialah ± 175Kb) CCT > 3500K ; tolerance ialah ± 275KKetetapan ini mula berkuatkuasa pada 15 Oktober 2023. Tuan / puan selaku pengilang / pembekal hendaklah memastikan bahawa bahan / barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat berkaitan di bahagian rujukan"



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 8/2022 telah menetapkan permohonan baharu dan pembaharuan pendaftaran bahan/barangan Lightning Protection System for Structure perlu mematuhi kehendak standard IEC 62561-1:2017, IEC 62561-2:2018, IEC 62561-4:2017 dan IEC 62561-5:2017 sepenuhnya. Pengemukaan laporan ujian dari makmal akreditasi yang tidak mematuhi ketetapan ini akan diberikan kelulusan bersyarat sehingga 15 Oktober 2023.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 8/2022 telah menetapkan permohonan baharu dan pembaharuan pendaftaran bahan/barangan Earthing System & Accessories (Copper Tape, Earth Electrode dan Earth Chamber) perlu mematuhi kehendak IEC 62561-2:2018 dan IEC 62561-5:2017 sepenuhnya. Pengemukaan laporan ujian dari makmal akreditasi yang tidak mematuhi ketetapan ini akan diberikan kelulusan bersyarat sehingga 15 Oktober 2023.



  • TINDAKAN SENARAI HITAM SYARIKAT UNITED MS CABLES MFG. SDN. BHD. Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil. 7/2022 telah memutuskan untuk menyenarai hitam syarikat United MS Cables Mfg. Sdn. Bhd. daripada membuat permohonan pendaftaran bahan/barangan selama tempoh tiga (1) tahun berkuatkuasa pada 2 Ogos 2022 sehingga 1 Ogos 2023



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 5/2022 telah menetapkan bagi pendaftaran bahan/barangan XLPE Insulated, PVC Sheathed Power Cables (Armoured & Non Armoured) adalah bermula dari saiz 25mm2 dan keatas.



  • Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Elektrik membuka pendaftaran bagi bahan/barangan INTEGRATED SOLAR LED ROAD LIGHTING LUMINAIRES bermula 15 Jun 2022. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan pendaftaran bahan/barangan tersebut ke pejabat ini berdasarkan kriteria dan keperluan di Lampiran A surat kami bil (44) dlm. PKR(L) 2/1/90 di Bahagian Rujukan. Sila hubungi pejabat ini di talian 03-2618 9907/9910 untuk maklumat lanjut.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 4/2022 telah menetapkan bagi pendaftaran bahan/barangan Switches dan Socket Outlets c/w indicator light, hanya jenis LED sahaja akan didaftarkan dalam bahan/barangan kelulusan EMAL. Bahan/barangan Switches dan Socket Outlets yang masih dalam senarai kelulusan EMAL dengan penggunaan indicator light jenis selain LED akan diberi tempoh masa sehingga 15 Februari 2023 bagi mematuhi ketetapan ini.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 3/2022 telah membuat ketetapan bahawa semua permohonan pendaftaran bahan / barangan Indoor Luminaires (LED) perlu mematuhi standard terkini IEC 61000-3-2 edisi 2018 dan ke atas. Ketetapan ini mula berkuatkuasa pada 15 Februari 2023. Tuan / puan selaku pengilang / pembekal hendaklah memastikan bahawa bahan / barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat berkaitan di bahagian rujukan.



  • Adalah dimaklumkan bahawa bahan/barangan LED Downlight dengan fungsi dimming dibuka untuk pendaftaran kerana terdapat penggunaan dalam projek kendalian JKR.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil. 3/2022 telah membuat ketetapan bahawa permohonan penyenaraian dalam Green Product Directory JMAL bagi bahan / barangan Road Lighting Luminaires (LED) perlu mempunyai Sijil MyHijau Mark dan Sijil Eco-Labelling. Ketetapan ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2022.



  • Pejabat ini sedang giat mengenalpasti bahan/barangan yang sedia berdaftar dalam EMAL dan memenuhi syarat untuk disenaraikan ke dalam Green Product Directory JKR.Pembekal/Pengilang adalah dijemput untuk mengemukakan dokumen berikut ke pejabat ini untuk penilaian lanjut.a) Surat permohonanb) Sijil MyHijau Markc) Sijil Eco-Label atau Sijil Green Product yang diiktiraf (jika ada)d) Sijil ISO 9001:2015e) Sijil ISO 14001:2015 atau Sijil ISO 50001 (jika ada)f) Salinan Sijil EMAL bagi model yang dimohon



  • Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah membuka pendaftaran bagi bahan/barangan LED PANEL AND LINEAR LIGHT di bawah kategori INDOOR LUMINAIRES (LED). Spesifikasi yang digunakan adalah merujuk kepada lampu jenis LED Downlight. Bagi luminaires jenis non-integrated, housing bagi LED driver perlu disediakan.Sila hubungi pejabat ini di talian 03-2618 9910 / 9954 / 9907 untuk maklumat lanjut.



  • Copper Tape bagi saiz 25mm x 6mm dibuka untuk pendaftaran kerana terdapat penggunaan dalam projek kendalian JKR.



  • Contactor jenis AC-5a dibuka untuk pendaftaran kerana terdapat penggunaan dalam projek kendalian JKR.



  • Bermula Disember 2021, kelulusan untuk Lightning Protection System for Structure hendaklah terdiri daripada semua komponen yang lengkap ataupun sebagai satu sistem termasuk juga kelengkapan untuk pemasangan dan penamatan, di mana ia perlu dikemukakan lengkap tiga belas (13) item seperti yang terdapat dalam Borang Technical Information rujukan UPBS/TI/23 (Ogos 2017).



  • Bermula Disember 2021, Miniature Circuit Breaker (MCB) Type B tidak didaftarkan kerana tiada penggunaan dalam projek kendalian JKR.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil 11/2021 telah membuat ketetapan hanya menerima permohonan pendaftaran bahan/barangan Road Lighting Luminaires (LED) dengan kadaran kuasa (rated power) 100W, 120W, 150W, 180W, 200W, 240W dan 280W. Ketetapan ini mula berkuatkuasa pada 15 Oktober 2022. Tuan/puan selaku pengilang/pembekal berdaftar hendaklah memastikan bahawa bahan/barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat berkaitan di bahagian Rujukan.



  • Bermula pada 1 September 2021, semua permohonan bagi kategori baharu perlulah menggunakan Borang Permohonan Baharu 2021. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang EMAL.



  • Adalah dimaklumkan penghantaran dokumen permohonan pembaharuan sijil EMAL secara softcopy sepanjang tempoh PKP (lockdown) DIBATALKAN dan bermula pada 23 Ogos 2021, semua permohonan pembaharuan sijil EMAL perlu dihantar secara hardcopy.



  • Mesyuarat JKB Bil.7/2021 telah menetapkan bahawa LED Control Gear bagi bahan / barangan LED Downlight perlu disediakan housing yang bersesuaian selaras dengan keperluan spesifikasi JKR L-S1: Specification for Low Voltage Internal Electrical Installation, klausa 11.3.1.4.1 dan 11.3.1.4.6. Sehubungan itu, pihak pembekal / pengilang berdaftar diberi tempoh sehingga 31 Januari 2022 bagi memenuhi ketetapan ini. Sila rujuk surat berkaitan di bahagian Rujukan.



  • Adalah dimaklumkan sepanjang tempoh PKP (lockdown), permohonan pembaharuan bagi sijil EMAL boleh dilakukan secara penghantaran softcopy semua dokumen yang terlibat ke alamat emel(adminEMAL@jkr.gov.my).Permohonan tuan/puan selepas penghantaran akan diuruskan oleh setiap person in charge (PIC) bahan/barangan yang berkaitan.



  • Adalah dimaklumkan bahawa bermula pada 25 Mei 2021 sehingga 25 Ogos 2021, terdapat perubahan kepada penerimaan permohonan pendaftaran bahan/barangan elektrik seperti berikut:i) Permohonan pendaftaran BAHARU adalah ditangguhkan.ii) Permohonan PEMBAHARUAN pendaftaran adalah diterima pada hari Isnin dan Jumaat secara serahan dokumen sahaja tanpa pemeriksaan secara terus.



  • Mesyuarat JKB Bil. 4/2021 telah menetapkan bahawa bagi Road dan Amenities Lighting Luminaire (LED) hanya SATU pendaftaran sahaja yang diterima bagi bahan / barangan yang mempunyai construction dan component yang sama walaupun menggunakan jenama, model dan pembekal/pengilang berbeza.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil.1/2021 telah menetapkan kelulusan penuh diberikan bagi bahan/barangan KELUAR Sign dan Emergency Light jenis LED yang mempunyai nilai power factor (PF) lebih besar atau sama 0.60 berkuat kuasa pada 15 Februari 2021.



  • Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) telah menetapkan pendaftaran sedia ada Low Voltage Switch Board Kategori III dan II akan diturunkan ke Kategori I sekiranya pihak pengilang gagal menepati keperluan standard IEC 61439-2. Dengan keputusan ini, hanya Low Voltage Switchboard Kategori I dan III sahaja yang akan didaftarkan bermula pada 15.6.2021. Manakala pembaharuan pendaftaran akan mengikut ketetapan ini bermula pada tarikh tamat pendaftaran sedia ada atau pada 15.6.2021 yang mana terdahulu.



  • Adalah dimaklumkan mulai Januari 2021, Cawangan Kejuruteraan Elektrik menggalakkan pendaftaran bahan/barangan yang dikeluarkan oleh kilang yang mempunyai Sijil ISO 14001. Sehubungan dengan itu, pengedar/pengilang diminta untuk mengemukakan salinan sijil yang masih sah semasa membuat permohonan baru dan pembaharuan EMAL.



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil 8/2018 telah menetapkan bahawa kadaran kuasa (wattage) bagi Road Lighting Luminaires (LED) dan Amenities Lighting Luminaires (LED) mestilah lebih rendah daripada kadaran kuasa LED driver yang digunakan.



  • "Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR telah mengeluarkan spesifikasi Integrated Solar LED Road Lighting System (Addendum 3 kepada Spesifikasi L-S20). Pengilang/Pembekal boleh mendapatkan spesifikasi tersebut dengan mengemukakan e-mel kepada anasalmi@jkr.gov.my "



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Bil 5/2020 telah menetapkan nilai efficacy minimum bagi Road Lighting Luminaires (LED) dan Amenities Lighting Luminaires (LED) adalah 100 lm/W. Ketetapan ini mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2021 atau tamat tempoh kelulusan sedia ada (yang mana terdahulu). Tuan/puan selaku pengilang/pembekal berdaftar hendaklah memastikan bahawa bahan/barangan yang didaftarkan mematuhi perkara ini.



  • Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah membuat ketetapan bagi pendaftaran bahan/barangan Structure Cabling System C/W Accessories bagi komponen Horizontal Cabling hendaklah merangkumi perkakasan hujung ke hujung (end-to-end solution) untuk setiap jenis/kategori kabel dan disertakan sampel bahan/barangan yang berkenaan. Laporan pengujian makmal (Channel Testing) perlu menyatakan bahan kabel, patch cord, modular jack dan patch panel dalam satu laporan.



  • Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Elektrik akan mendaftarkan bahan/barangan T8 Luminaires (LED) di bawah kategori Indoor Luminaires (LED). Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan pendaftaran bahan/barangan tersebut dengan pejabat ini berdasarkan keperluan di Lampiran A surat kami bil (41) dlm. PKR(L) 6/2/27 di Bahagian Rujukan “



  • Akibat penularan wabak Covid19 yang telah melanda negara Malaysia dan seluruh dunia, pejabat ini telah memperkenalkan SOP baru berkuatkuasa pada 13/5/2020 dimana pemohon hanya boleh datang menyerahkan dokumen permohonan (baru atau pembaharuan) tanpa perlu diadakan pemeriksaan secara terus dokumen permohonan seperti sebelum ini. Jika terdapat sebarang masalah, pegawai akan menghubungi pemohon samada melalui emel atau surat.



  • PEMBATALAN KELULUSAN BAHAN - MCB JENAMA CHINTAdalah dimaklumkan pendaftaran bahan/barangan MCB jenama CHINT model NB1-63H dari syarikat ALPHA AUTOMATION (SELANGOR) Sdn. Bhd. telah ditarik balik kelulusan bermula 28/05/2019



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil.12/2018 telah membuat ketetapan pendaftaran bahan/barangan tempatan bagi beberapa kategori dalam EMAL JKR untuk kegunaan di dalam projek kendalian JKR. Senarai bahan/barangan tempatan tersebut boleh dirujuk pada LAMPIRAN 1 di dalam surat ruj. (20)PKR(L)2/2/90 bertarikh 1 Mac 2018 di dalam laman sesawang EMAL pada bahagian Rujukan.



  • Bermula 19 Januari 2019, bagi semua permohonan pembaharuan bahan/barangan di dalam JMaL (EMAL) JKR perlu menggunakan Borang Pembaharuan UPBS/B/PP/PPP Borang 1A PPP (Dis. 2018)



  • Bermula 1 September 2018, pejabat ini tidak lagi menerima permohonan pendaftaran baru dan permohonan pembaharuan bagi pengilang dari negara luar (bukan pengilang tempatan) untuk Road dan Amenities Lighting Luminaires (jenis LED). Bagi pendaftaran sedia ada dari pengilang negara luar, ianya akan ditamatkan dan dikeluarkan daripada senarai EMAL bermula 15 Oktober 2019 atau tamat tempoh kelulusan sedia ada (yang mana terdahulu).



  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Bil. 7/2018 bertarikh 27 Julai 2018 telah memutuskan bahan/barangan Ceiling Fan Jenama Mistral (Model : MCF 605A) digantung selama Enam (6) bermula pada tarikh mesyuarat kerana didapati mempunyai masalah berkaitan kapasitor yang dipasang pada model tesebut.



  • Mulai 1 Ogos 2018, Unit Pensijilan Bahan Dan Standard (UPBS) akan mengadakan sesi semakan dokumen pendaftaran yang dikemukakan oleh pembekal/pengilang bagi permohonan baru dan juga pembaharuan sijil bahan/barangan pada setiap hari Isnin dan Jumaat bagi minggu pertama, minggu kedua dan minggu ketiga setiap bulan bertempat di Pejabat UPBS, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 15 Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR. Surat berkaitan perkara ini boleh disemak pada bahagian Rujukan di laman sesawang EMAL.



  • PENDAFTARAN BAHAN/BARANGAN MCB JENAMA TECS TIDAK DIPERBAHARUIAdalah dimaklumkan bahawa pendaftaran MCB jenama TECS model EP06 pengilang Terasaki Electric Sdn. Bhd. tidak diperbaharui pendaftaran kerana tidak lagi mematuhi standard IEC 60898-1 dan spesifikasi JKR berkuatkuasa 19 Disember 2017



  • PEMBATALAN KELULUSAN BAHAN - PROTECTION RELAY JENAMA MIKROAdalah dimaklumkan bahawa pendaftaran bahan/barangan model MK1000A, MK231A, MK232A, MK233A, MK234A, MK201A, MK202A, MK203A & MK204A telah DIBATALKAN daripada senarai kelulusan bahan/barang elektrik (EMAL) Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR. Tarikh berkuatkuasa adalah selepas 15 Februari 2018.



  • PEMBATALAN KELULUSAN BAHAN - MCB JENAMA LKEAdalah dimaklumkan pendaftaran bahan/barangan MCB jenama LKE model LH-MX6 & LH-MX10 dari syarikat LKE Electric (M) Sdn. Bhd. telah ditarik balik kelulusan bermula 21/12/2017



  • Pendaftaran bagi bahan/barangan kipas jenis Ventilating Fan Ceiling Type dan Wall Fan Remote Control Type adalah tidak didaftarkan dalam EMAL/JMAL kerana tiada penggunaan dalam projek JKR.



  • Kepada semua pengguna EMAL; Tuan/puan disarankan untuk mendapat PERAKUAN BERTULIS daripada pembekal berdaftar bahawa bahan/barangan yang dibekalkan adalah TULEN dan MENEPATI kualiti seperti pendaftaran dengan CKE, JKR .Sekian, Harap maklum.



  • Untuk makluman segala urusan permohonan pendaftaran bahan/barangan elektrik (EMAL) hendaklah berurusan dengan UNIT PENSIJILAN BAHAN DAN STANDARD (UPBS),CKE di alamat seperti berikut: Tingkat 15, Menara Kerja Raya (Blok G),Ibu Pejabat JKR Malaysia,No. 6, Jalan Sultan Salahuddin,50480 Kuala LumpurTEL: 03-26189726



  • Sebarang aduan atau maklumbalas berkaitan bahan/brangan elektrik yang berdaftar dalam laman web ini, bolehlah dimajukan ke alamat berikut : adminEMAL@jkr.gov.my



  • Mesyuarat Pengurusan Projek Cawangan Kejuruteraan Elektrik bil.5/2014 pada 23 Jun 2014 telah memutuskan bahan/barangan elektrik 11kV Dry Type Distibution Transformer jenama GE digantung serta-merta kelulusannya di dalam EMAL berkuatkuasa pada 25 Jun 2014.



  • Senarai Hitam Syarikat (Blacklist) -Mana – mana syarikat yang telah didapati mengemukakan dokumen palsu (cth : Laporan Ujian, Surat Akuan Sumpah dll) dalam urusan pendaftaran bahan/barangan dengan JKR, syarikat tersebut akan disenarai hitamkan selama tempoh maksimum 3 tahun dan tertakluk kepada keputusan Jawatan kuasa Kelulusan Bahan. [Peraturan ini akan berkuatkuasa bermula 01 Jun 2014]



  • Pembekuan Syarikat (Freeze)- Pendaftaran semula selepas pembatalan kelulusan tetapi sampel bahan/barangan masih gagal pengujian di makmal akreditasi, bahan/barangan tersebut akan dibekukan selama maksimum dua (2) tahun dan/atau tertakluk kepada keputusan JKB:i.Moulded Case Circuit Breaker (MCCB) - semua series yang sama;ii.Miniature Circuit Breaker (MCB) - semua model dalam series yang sama bagi breaking capacity yang sama.



  • Bagi Permohonan Pendaftaran Bahan/Barangan untuk disenaraikan dalam Senarai Kelulusan Bahan-bahan JKR Elektrik yang telah ditolak permohonan tersebut oleh Jawatankuasa Kelulusan Bahan (JKB), Pihak pembekal/pengilang tidak dibenarkan untuk mengemukakan permohonan semula selama tempoh tiga(3) bulan daripada tarikh surat tolak dikeluarkan. [Peraturan ini akan berkuatkuasa bermula Jun 2014]



EMAL::Electrical Material Approved List - View ModelItemValue (2024)

References

Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Terrell Hackett

Last Updated:

Views: 6119

Rating: 4.1 / 5 (52 voted)

Reviews: 91% of readers found this page helpful

Author information

Name: Terrell Hackett

Birthday: 1992-03-17

Address: Suite 453 459 Gibson Squares, East Adriane, AK 71925-5692

Phone: +21811810803470

Job: Chief Representative

Hobby: Board games, Rock climbing, Ghost hunting, Origami, Kabaddi, Mushroom hunting, Gaming

Introduction: My name is Terrell Hackett, I am a gleaming, brainy, courageous, helpful, healthy, cooperative, graceful person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.